Friday, 23 May 2014

Menanti-nanti Ramadhan


Khamis 22hb. Mei 2014    5.14pm
 

:: 37 hari lagi ::

Bismillah .

Dear Health-lovers, orang-orang lain rasa pelik bila diorang ( yang bukan Muslim)  tau kita excited dalam anticipating the fasting month . Mana taknya ......dalam hati dan kepala diorang apa lah yang seronok sangat berlapar-haus sepanjang hari ya .......hi hi . Tulah antara kelebihan2 yang dikurniakan khas untuk kita alhamdulillah ....lapar dan haus tapi seronok tetap seronok . It's a heaven-sent blessing .

Namun ada juga mereka yang beragama selain Islam yang rasa syokk juga ... dah jiwa muhibbah ' satu Malaysia' katakan ? One of my Chinese friends yang turut teruja dalam penantian ni . Tak, tak.... dia bukan seorang muslim pun . Dia kata dia suka pergi pasar2 Ramadhan ...terutama sekali sebab ada pelbagai jenis kuih-muih mahupun lauk-pauk . Malah kebanyakkan rakyat dinegara ni tumpang gembira dengan suasana bulan yang mulia ni ya , especially dari sudut kemeriahan menjelang maghrib dimana berpusu2 kita ke pasar tersebut .....tak kiralah yang tak sempat nak masak atau nak add-on lagi ke-saprah meja yang dah pun terlajak-sendat . hu hu .
 
Cuma  saya nak ambil kesempatan ni nak point out a pertinent issue , iaitu peluang pembersihan . Kiranya semua orang dah arif sangat tentang 2 jenis major cleansing yang inherent didalam berpuasa di bulan Ramadhan .
  1. spiritual     
  2. fiziolojikal
  3.  
    Pasar Ramadhan
     
    Setiap tahun peluang untuk this 'guerilla cleansing' mengetuk pintu kita , nak bagi kita cuci luar dan cuci dalam secara massive agar kita muncul berseri2 keseluruhanya dipenghujungnya kelak , lantas barulah patut diraikan dengan ' eid ( yang maksudnya ialah perayaan )

    Saya tak mau lecture panjang lebar about mana2 cleansing yang tersebut because I am quite sure most of you know enough ....Yang i nak leterkan ialah bab iftaar yang more than defeat the purpose of fasting in the first place . Dari perspektif pemakanan ,  berpuasa boleh merehatkan perut, usus dan sistem penghadaman amnya ....hatta melatih supaya kita tak melahap ikut nafsu seperti kebiasaanya. Sesuatu habit yang kita berjaya lakukan setiap hari sehingga 30 hari , mengikut kajian akan menjadi 'darah daging' kita seterusnya . Oleh itu, wajarlah jika kita teruskan the habit of eating moderately setelah tamat kita berpuasa , extend ke our after-Ramadhan life- style . Dalam keadaan lapar tu juga, maka tenaga haba yang kita perlu untuk melakukana apa2 kerja atau pergerakkan harian akan diserap dari lemak simpanan dalam badan ...bagus lah tu kann ? Subhanallah amalan berpuasa jika dibuat dengan betul mematuhi sunnah dan syarat2 berbukti saintifik 100% , mampu memulihkan kebanyakkan penyakit yang wujud di muka bumi ni , apatah lagi menyihatkan dan
    mengawet-mudakan yang lainya . Masaalahnya , dah elok2 kita bertahan sepanjang hari , perut pun dah kempis , lemak pun dah di-utilised properly , segala dosa dikikis pelan2 dan bertambah pula dengan pahala dengan zikr dan tilawah Quran..... bila azan dilaung habis semua kesantunan tertonggeng , kalau boleh nak disendat2kan perut tadi .....lupa langsung tentang prinsip sepertiga air-sepertiga makan-sepertiga udara ! Dah depan mata , macam2 warna-warni  makanan terbentang , kalau tak habiskan membazir pulakk ( alasan).
    Bukan nak kata , tapi kebanyakkan juadah, minuman dan hidangan yang kita ambil jalan mudah main tunjuk2 je di bazaar Ramadhan melanggar prinsip & perundangan penjagaan kesihatan yang murni . Sedihnya , baik2 bulan ni di kurniakan untuk kita menyihatkan badan, seperti biasa kita salah menggunanya dan lakukan yang bercanggah pula .

    Hakikatnya , nothing beats cooking your own meals ....none other ...dengan berkat pahalanya , kesucian , kebersihan lagi2 lah kesihatan apabila kita boleh pilih dan pastikan cara , bahan2 dan doa sekali untuk iftaar keluarga kita . Memang rasa tak mudah nak masak2 ni especially untuk mereka yang bekerja . Takpe buatlah mana yang mampu . Ada juga yang mengeluh tentang resepi2 yang rumit . Saya suka masakan2 dari Puan +Zanita Ramli . Her recipes saya dapati agak senang to buat dan yang penting , beliau ada selitkan health-flavoured infos in her blog. Klik here for a peek at her blog .

    Harap2 kita boleh robah cara kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini .



    Kelebihan menjamu orang yang berpuasa :

    Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA daripada Rasullulullah sabdanya :
    " Setiap yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa , maka dia akan memperolehi pahala saperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu . "






     

    No comments:

    Post a Comment