Showing posts with label kencing manis. Show all posts
Showing posts with label kencing manis. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Konsep Berpuasa oleh Dr. Mercola

Selasa 22hb.April,2014    2.31am

Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi,
Subhanallah diantara banyak2 amalan yang disebut selalu didalam Kitab Suci kita , ialah berpuasa. Berpuasa bulan Ramadhan dah tentu jelaslah kedudukkanya didalam hayat kita sebagai seorang Muslim .Selain ni, adalah yang tak fardh , tetapi di amalkan oleh Nabi kesayangan kita sebagai extras. Sebagaimana yang kita tahu, apa2 yang diucapkan maupun dilakukan oleh Rasulullah semuanya adalah semata2 wahyu dari Pencipta kita . Maka tak ke cukup jelas, terang dan nyata bahawa sunnah-sunnahnya tu dicipta khas dan khusus untuk ummahnya dalam rekabentuk yang tersempurna untuk kita.sejagat. Akan tetapi, kebanyakkanya dari kita tak begitu teruja sehinggalah terbukti oleh teknoloji dan "pakar2" ilmiah , mengenai menafaat dan kebaikkan sesuatu , walhal perkara tersebut udah pun di sebut dan di tekankan sejak berkurun tahun.

......sorry membebel sorang2 malam2 buta ni. Dah tidur tadi sebenarnya pada my bedtime 10.04pm...hehe.....


Tadi siang, dalam cari2 fakta2 tentang berpuasa , terjumpa website Dr.Mercola berkenaan dengan kebaikkan Intermittent Fasting . Jika nak tahu lebih lanjut, mohon klik disini. Pikir2 , kesian pulak rakan2 yang tak berapa paham bahasa Inggeris. So, try terjemah untuk mereka, harap justified . Perkataan intermittent maknanya terputus2 . Payah juga nak terjemahkan intermittent fasting , kalau nak kata berpuasa terputus2 , lagilah pelik bunynya. Takpe , Dr.Mercola menceritakan tentang tempuh2 berpuasa ikut blok-jangka masa yang di agih2kan dalam dua kali seminggu, tulah maknanya terputus2, iaitu bukan berterusan . Mengikut beliau, berdasarkan hasil penyelidikkan para saintis, berpuasa cara gini, ada banyak benefitnya untuk kesihatan. Senang cerita untuk kita2 ni , kalaulah nak cakap pasal 2 kali seminggu memang kita dah pun sedia ada......iaitu puasa Isnin & Khamis ,seperti yang diaju2kan oleh Muhammad s..a.w.

Sebelum saya teruskan, nak cuit sikit bab sarapan pagi. Kan kita kebiasaan dengan wajibnya berbreakfast , sehinggakan kalau tak sarapan seolah2 tak cukup pelengkapan diri untuk ke sekolah , ke ofis maupun nak buat kerja2 dirumah ( yang menjadi suri kediaman) . Okayy ,mengikut Dr. Mercola, cara yang paling sihat untuk mulakan hari kita ialah by skipping the breakfast. !! Dengan meninggalkan sarapan setiap pagi dan juga dengan tidak memakan apa2 selama tempuh 3 jam sebelum waktu tidur, berat badan dan lebih2 lagi kesihatan kita , akan terjaga rapi. Naturally and automatically. Ha ....tak payah lah nak cakap pasal menu sarapan & menu supper kita di negara ' satu Malaysia' ni.....roti canai, nasi lemak, teh ais, teh tarik, milo panas, roti bom......dan macam2 lagi yang payah nak diselit-kategorikan dalam makanan yang sihat. Maaf, bukan niat nak memburukkan.....tapi itulah dia amalan2 yang kita dah buat setiap hari sepanjang hidup kita.....hasil terkumpulnya daripada tabiat2 begini setelah berpuluh tahun tu yang kita dapat kencing manis, darah tinggi dan mana2 penyakitlah yang kita dengan seiya sekata terima sebagai ' biasalah tu'! biasa lah tu? Mana ada penyakit yang biasalah tu ?

....kan dah bebel lagi......
lets move on okayy......

Mengikut hasil kajian sains;

  • Dengan berpuasa 2 minggu sekali , berat badan akan dengan sendirinya menjadi normal (best kann) , dan dalam masa yang sama mencegah kita dari penyakit2 kronik ! masyaAllah dah double bonus tuh .
  • Dengan sedikit perubahan yang kita sanggup lakukan kepada hidup kita, iaitu berpuasa 8-jam 2 kali seminggu, ia akan memberi impak yang jelas kepada komposisi tubuh kita termasuk kandungan lemak. Tak susah dan tak payah keluarkan duit pun. 
  • Ia memperbaiki keupayan insulin dalam badan kita , untuk mengawal laras gula dalam darah ....sangat baik untuk pesakit2 kencing manis ni. 
  • Ia juga dapat mengeimbangkan hormon ghrelin( hormon yang buat kita lapar)
  • Ia meningkatkan hormon-pertumbuhan dalam badan, yang mana memainkan peranan dalam menghasilkan tubuh yang sihat, cergas dan awet muda.
  • Ia mencegah sakit jantung
  • mengurangkan radang dan penuaan awal.
  • Dalam keadaan berpuasa, kelaparan akan cetuskan penghasilan kolesterol oleh badan, dimana ia akan gunakan lemak badan sebagai pembakar ( bukan gula). Justeru, lemak badan akan terus berkurangan. Ini adalah satu fenomena penting kerana peluang untuk mendapat kencing manis akan menjadi kecil, dengan kekurangan lemak didalam badan.

     
petikkan diatas ialah dari link berikut. klik disini. Harap teliti demi kesihatan diri sendiri dan generasi masa depan..

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Tuesday, 1 April 2014

Saja-saja

Selasa 1hb. April, 2014    3.50pm

Bismillah.
  Dah tua2 ni, rasa excited pulak bila kenalan2 lama yang dah lebih dari 20, 30 tahun lampau terjumpa kita balik, subhanallah tulah kemajuan teknoloji . Malam semalam salah seorang parent kepada budak2 tuition dulu2 ,tegur saya di fesbuk . Masa ngajar dua beradik tu dulu dalam tahun 1992 , mereka masih disekolah rendah ....masih.ingat lagi betapanya nakal si Ofi tu .Ujian2 disekolah tak pernah nak dapat markah yang cantik, banyak main2 je kalau kita nak terangkan mana2 subjekpun pada dia. Berlainan terus dengan kakaknya , Lana....prim & proper....homework semua beres , ulangkaji tip-top ,dengan perwatakan yang lembut dan sopan. Yang kelakar tu ,ada satu ketika tu, ayah mereka buat deal dengan Ofi....kalau dapat score A , siAyah akan upah rm10 untuk setiap subjek. And guess what...., Ofi got 8As ! Sekarang khabarnya dah beranak pinak dah si Ofi dan Lana. Subhanallah, how time flies......
   Hari ni schoolmate dari sekolah menengah pulak menegur....gara2 fesbuk juga semua ni. Ha.... yang ni lagi lah berkurun , lebih dari 40 tahun. Bual punya bual, alangkah terkejutnya bila beliau bgtau yang beliau baru nak belajar berjalan semula, nak tinggalkan wheelchair.... ....puncanya akibat terjatuh pada tahun 2013, saraf rosak , ditambah-tokok pula dengan kencing manis dan kerosakkan buah-pinggang.Terkenang kembali kepada Mak (Allahuyarhamha) yang baru pulang ke rahmatullah 45 hari lepas.  Tak sampai hati nak biarkan rakan lama ni ( walaupun tak rapat mana pun) lalui pengalaman yang sama dengan arwah Mak. Tak tau lah macamana penerimaan kawanku ni kelak, maklumlah dah lah tak jumpa selama 47 tahun , dulu pun masa satu sekolah tak pun pernah bertegur sapa ....tambahan pula, kita ni memang buat direct-selling. Persepsi orang banyak mengenai industri MLM masih banyak negatifnya, salah diri kita juga. Anyway, rakan ni dah keluar dari alam maya ni sebentar tadi..........insyaAllah, akan ku cuba sedaya upaya untuk mendekati,  justeru sembang2 bab2 penyakit, ubat dan selainya. Ntah2 dia pun memang dah amalkan apa2 yang kita nak share. Takpe, yang penting nak kene ziarah juga. Dah bersua nanti ,tengoklah kat mana yang kita boleh bantu.
   Diabetes oh diabetes.....

Pada kebanyakkan orang awam di negara kita masakini , kencing manis adalah suatu perkara yang sangat biasa .Malangnya pendirian sikap kita terhadap penyakit degeneratif ni. Kita lah punya terima penyakit ni dalm hidup kita, sampai bila2 berjumpa dengan my peers , our mutual question ialah " You ada kencing manis or darah tinggi tak ? " Lagi buruk tahap ayah saya punya notes-comparing bila berada dikalangan geng2 sebaya dengan dia.......Diorang akan update on sifulan2 yang dah mula dialysis or even yang dah potong kaki! Apa lah nak jadi dengan kita ? Ada juga yang sanggup isytiharkan , laras laras gula yang tertentu ( berbelas2 ) sebagai their new normal glucose . COME ON people! takkanlah sampai dah begitu kronik pun kita masih nak bersikap complacent.  ;(