Bismillah.
Akhirnya, semalam dapat juga capai matlamat mak minum 3-liter air dalam satu hari. The last gulp berlaku pada pukul 4 pagi, alhamdulillah. Baru hari pertama tapi. Takpe, there is always a first . Then , insyaAllah a second diikuti dengan a third, a fourth , a fifth seterusnya sehingga sebulan . Mengikut pakar ,sesuatu perkara yang kita berjaya lakukan secara konsisten selama tiga puluh hari akan menjadi habit, justeru jadi otomatis . Akan aku teruskan, memandangkan dah lama punyai hasrat nak amalkan perkara ni, tapi rupanya tak sesenang seperti yang saya sendiri kerapkali sarankan kepada pesakit2 yang kami jumpa , terutama sekali yang menghidapi penyakit2 kronik. Air bersifat sebagai pencuci ,jadi ia mampu nyahtoksin sistem tubuh kita, satu faktor yang sangat relevan dalam proses detoksifikasi dan pemulihan. Malah , ia penting untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit. Sementara mengarang ni, saya dah dapat minum setengah botol mineral .....dalam jangka satu jam, pasal nak cuba selesaikan catu -sahur . Planya, yang baki bagi perabis selepas waktu buka puasa pulak nanti. Semoga dipermudahkan. Macam nak pecah bladder, menggelodak. Ha ha. Rasakan. Apa yang selama ni kita suruh orang buat .....cakap tak serupa bikin beb.
- Adikku, Mariana punya tips ialah : Pertamanya, sebelum tidur sediakan dulu air 3-liter dimeja dapur ( ni penyediaan minda nih ) .Beliau cadang dari botol 3-liter tu, kita bahagikan kepada botol kecik2( break into small blocks, biar nampak mudah.....teknik nak makan gajah, kene makan sikit demi sikit) supaya senang nak minum sepanjang hari. Bila dah buat gini, kiraan tak akan lari. Nasihatku, kalau anda tinggal dalam rumah dimana penghuninya agak ramai ataupun kerap didatangi pengunjung2 yang selalu kehausan( seperti kanak2 , hehe), ration air tadi simpan tempat yang khas.......ditakuti ada yang menyambarnya , dah kita kelam kelabut nak kira semula ( pengalaman sendiri)
- Yang kedua, beliau cadangkan minum 500 ml pertama semasa kita mula2 celik mata bangun pagi.....ye ....sebelum gosok gigi, ada menafaatnya didalam air liur kita tu. Okay, bagi saya agak susah nak habiskan terus 500 ml .....saya minum sebahagian, then pegi wuduk , lepas tu minum lagi sikit.....botol saya letak di tepi sejadah, lepas solat sunat subuh minum lagi dan lepas tu sambung. By the time sebelum sarapan , dah dapat capai 500ml. Bagusnya bila kita buat macam ni, rasa kenyang jadi takdelah kita nak makan banyak .( slim lah lepas ni!) Mengenai kebiasaan untuk minum air putih setelah bangun tidur, umumnya kita tidur sekitar 6-8 jam setiap malam. Selama tidur tanpa terbangun selama itu, kita tidak minum, tentunya terjadi defisit air. Saat tidur pun tubuh terus bekerja memperbaiki sel, dimana air banyak digunakan.
- Another good time to drink your water ialah sebelum riadah dan in between your riadhah aktivities, selangi dengan beberapa ml, memandangkan banyak air digunakan oleh tubuh badan yang sedang bergerak aktif. Ni termasuklah semasa buat kerja2 rumah ,sebelum solat dan sebelum mandi. Jadikan minum air kosong suatu kebiasaan, bukan setakat bila dah sangat haus baru nak cari.
- Minum air sebelum tidur mampu menurunkan risiko penyakit dan infeksi. Sebab air mengusir racun yang menjadi penyebab penyakit.Ketika bangun, tubuh akan lebih berenergi jika di malam hari air putih dikonsumsi dalam jumlah tepat. Sebab air juga berperanan dalam membentuk otot, membakar lemak , dan menjaga suhu tubuh ketika tidur.
Perhatian : Ada beberapa perkara yang elok kita elakkan dalam mengamalkan minum air kosong.
- Diantaranya jangan makan ( terutamanya nasi dan seumpamannya) berulam air ye. Nanti enzim dalam sistem penghadaman yang sepatutnya membantu pencernaan makanan , akan dilarutkaan ....dan akibatnya jika diamalkan bertahun2 boleh jadi punca penyakit2 yang berkaitan dengan perut dan sistem usus. Minum dalam tempoh lebih kurang 30 minit sebelum & 30 minit selepas makan.
- "Rasulullah telah melarang minum sambil berdiri" .( HR Muslim)
- Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup bekas air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani). Larangan bernafas dalam bekas minum adalah termasuk etika kerana ditakuti ia boleh mengotori air minuman.
- Elakkan minum dari bekas yang besar seperti teko dan sebagainya. Ketika kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan bernafas didalamnya dimana kita akan menghembuskan CO2 . Karbon dioksida akan jadi asidik bila bercampur dengan air dan tak elok untuk kesihatan. Selain tu, hembusan nafas kita yang membawa kuman2 pun akan mencemar air yang tinggal dalam bekas tersebut.
Okay dah abis 1.5 liter , alhamdulillah . Just a matter of " MIND OVER MATTER". Jom join my challenge.! Hari ni hari kedua. Moga berjaya, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment