Tuesday, 7 January 2014

TAHUN BARU ? Jangan tunggu tunggu lagi.

7.13pm.( 7/1/14)
Bismillah.
Dah tujuh hari masuk tahun baru, baru nak mula blog tahun baru....ishhh....macam tak bersemangat nak mula . Selalunya, berkobar2 dengan azam baru lah, matlamat baru lah dan sebagainya. Mungkin keletihan. Tak sudah2 buat matlamat baru, sampai dah lapan tahun, tetap di laras Vice Manager ...dari tahun pertama sehingga sekarang. Mesti ada yang tak kene, sedangkan orang2 lain bertubi2 naik Diamond. Baiklah, nak tukar stratejilah. Setelah membaca sebuah buku yang mengasyikkan ( bagi saya sekurang2nya), poin yang menarik ialah , sipenulis Jeff Olson menekankan pentingnya berdikit2 asalkan istiqomah ( pahaman saya). Dalam bukunya 'The Slight Edge', dia sarankan melakukan perkara 2 yang nampak tak gitu gempak pun....tapi pastikan setiap hari....contohnya : tulis Gratitude Journal : 3 baris sahaja setiap pagi, 15 minit senaman , baca 10 mukasurat dari buku pilihan  etc SETIAP HARI. Katanya, kesan akumulatif jangka panjang dari perkara2 ini akan ada hasil impak yang lumayan. " Semai, pupuk dan tuai "....prinsipnya. Takde quantum leap dalam hidup ni....Kalau dalam bahasa kita...." sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit"....

...14hb.Januari 2014 8.04am

Amik contoh Gratitude Journal diatas, dalam istilah bahasa kita ,mungkin boleh kita gelar Jurnal Kesyukuran? Beliau cadangkan tulis tiga sebab kita harus bersyukur setap pagi , contohnya harini saya tulis : Alhamdulillah , syukur kerana :
  1.   dirahmati dengan kesihatan yang sempurna ( fizikal & mental) 
  2.   pagi yang sungguh indah
  3.   sebuah keluarga yang bahagia
15 minit senaman saya buat '15 squats' sahaja. Tak banyak. Sambil kawal cara pernafasan. ( 2-in-1).
Dan 10 mukasurat dari 'The Slight Edge'. Walaupun nampak sikit, tetapi jika diamalkan harian, kesan tunggakkanya akan memberi impak pada diri . Bayangkan, selepas sepuluh hari, poin2 kesyukuran dah ada tiga puluh . Kalau tak tertulis , banyak nikmat2 Allah yang terlepas pandang  dan 'taken for granted' betul kan? ....100 mukasurat bacaan dan 150 'squats'.! Ni baru tiga aspek, belum lagi bab simpan duit, buat satu perkara baik pada jiran, mintak maaf , dan macam2 lagi yang kita boleh selitkan dalam jurnal harian kita, yang bersesuaian dengan misi dan visi kita. Kalau setahun ???  dah baca 36500 muka surat! Banyaknya ilmu yang dapat di kumpul dalam dana pengetahuan kita. .....sungguh bernilai .
    Congakkan jika kita dapat tambah nilai hidup bagi tiga orang insan dalam sehari , pada hujung tahun jumlah nya ialah 3 x 365 = 1095 orang. Terus kongsikan tambah nilai gitu berterusa selama 10 tahun , hasilnya 10950 orang yang dapat dibantu , yang mana jika di tukar kepada bentuk strategi pemasaran = 3650 yang akan berminat dengan produk /bisnes kita ,  1213 pengguna tetap, 403 pengedar dan 101 leaders secara kasar . Belum lagi bincang terperinci tentang penularan setiap akar dari setiap pemimpin tadi.....jawabnya , memang lebih dari memuaskan.....satu sumber pendapatan sampingan yang pasif,...... Ni suatu sampel je....pilihan tetap punya anda..... mungkin anda lebih selesa nak bantu hanya seorang seminggu ataupun ada yang lebih berhasrat besar dan plan jumpa 10 orang dalam sehari. 

- Petuanya ialah mulakan langkah pertama. Mana yang sempat, lakukan dulu dan cipta kejayaan kecil2an . Buat je. Jangan tunggu lagi-  Jeff Olson

No comments:

Post a Comment