Saturday, 22 March 2014

Kelas Tiusyen Pak Atan

Sabtu 22hb. Mac, 2014    11.59pm

Assalaamualaikum pembaca2 blogku yang dikasihi, terutama sekali jika anda warga Kampung Melayu di Kluang. Familiar tak dengan Pak Atan Koboi?? Jangan salah anggap pulak . Ada suatu ketika dulu Pak Atan ni di gelar dengan title tersebut sebab dia kemana2 misti dia pakai topi koboi .....kayuh basikal ! haa.  Pak Atan ni femes tau di Kluang , beliau terkenal kerana kelas tiusyenya . Ya,  kelas tiusyen yang Pak Atan anjurkan sendirian sejak lebih dari 40 tahun yang lalu . Kalaulah Pak Atan buat kelas di KL, pasti beliau hidup lumayan. Maalum je lah macamana warga KL tergila2 hantar anak2 kemana tempat tiusyen tak kira harga, asalkan janji berkesan.
Pak Atan , sebenarnya bekas kerani di pejabat kerajaan . Pengalaman beliau dalam mengajar hanya sebentar sahaja........zaman2 bujangnya sementara menunggu keputusan M.C.E, namun keberkesanan teknik mengajar Pak Atan masyaAllah .....berani saya bagi 9-suku pada skala 1 hingga 10. Seingat saya, pada peringkat permulaan Pak Atan buat kelas dulu kategori umur murid2 yang belajar dengan beliau terdiri daripada berbagai darjah dan tingkatan. Lama kelamaan kelas2nya dah jadi lebih fokus kepada budak2 kelas UPSR dan budak2 semata2 sekolah rendah sahaja..........sampai Pak Atan extend bahagian dapur rumahnya untuk dikhaskan jadi kelas , ala2 bilik darjah.....masyaAllah.

Yuran ?Ni yang best ni . Pak Atan punyalah passion untuk mengajar yang amat commited , yuran tak menjadi proriti . Kepuasaan beliau , agak saya ialah melihat dan merasai kejayaan murid2nya. Maka , Pak Atan banyak guna masa luangnya dikelas2 tiusyenya. Subhanallah....semoga hidup Pak Atan di berkati Allah kerana berbakti kepada orang ramai dengan ikhlasnya. Yuran yang Pak Atan charge ialah terlalu sikit , dan kekerapan kelasnya setiap hari melainkan hari Jumaat dan Sabtu. Sabjek? semua sekali! Mana lah nak tanding dengan kelasnya .....keputusan, majoritinya memang top top masyaAllah.Sabenar-benarnya Pak Atan ni, tak pernah dilatih secara formal tentang kisah2 pendidikkan .....maksudnya tak pernah seumur hidup beliau , hadhiri mana2 maktab perguruan bagai. Namun, tulah dia 'the power of passion' .......tak mengenali benteng batas.

Modul Pengajaran Pak Atan adalah ciptaan beliau sendiri, istimewa dan bukan calang2 punya strategi la .......
Saya , mesti nak cerita juga serba sedikit, yang mana2 saya boleh petik dari memori saya . Garispandu bagi sabjek pilihan saya menyusul disini :



Bahasa2 Inggeris & Melayu1. Wajib tulis dairi setiap hari .....satu hari dalam Bahasa Inggeris , dan satu hari dalam Bahasa Melayu.
2. Kami di suruh sediakan jugak satu buku vocab, dimana kami harus pelajari 5 perkataan baru bersamaan dengan maknanya dan ayat yang mengandungi perkataan tersebut.

Matematik 1. Wajib hafal sifir setiap malam , termasuklah sifir2 metric dan sebagainya.
2. Tentang apa2 kerja sekolah , semua kene habiskan pada waktu siang . Waktu malam di khaskan untuk segala ulangkaji dan yang ekstra. Manalah ada waktu untuk TV. TV hanya pada hujung minggu.

Geografi


1.Setiap pekan, sungai, bandar, bandar raya, gunung, negeri, negara  harus di rujuk pada peta didalam Atlas atau pun dipeta dinding ataupun di globe.......dengan garis- lintang, garis- panjang sekali.
2. Sempat jugak belajar cara melukis peta.

Agama
Pelajaran yang kita pelajari siang disekolah agama, akan dibaca semula, dihafal ......diikuti dengan ulangkaji satu bab dari pelajaran yang awal 2.

Sabjek2 selainya secara am, tiap2 malam kita kene cover apa2 yang dah belajar pada hari tersebut.....siap hafal dan research mana2 yang tak paham . Lepas tu, harus juga ulangkaji satu bab yang terawal.

Kalau nak cerita panjang, tak habis bincang tentang teknik keseluruhan yang diimplementkan oleh Pak Atan.....sambung lain kali ya!



Ni lah papan hitam di Kelas Tiusyen Pak Atan. <3



No comments:

Post a Comment