Wednesday, 19 March 2014

Pesanan Abah

Khamis 19hb.Mac, 2014    2.55pm
Abah

Dah sebulan dan tiga belas hari, Bonda yang tercinta (Allah yarhamha) meninggalkan kami untuk pulang ke Rahmatullah. Semenjak tu, rasa dihati tak tentu arah .....terutama-utama sekali melihat Abah....kesian campur hiba dan pilu . Semalam kami menghantar adik bujang kami pulang ke UK. Pasti, tambah pilu hati abah . Hari ni ,dalam perjalanan kami ke stesyen, aku dengarkan je perbualan diantara beliau dan menantuku, jelas sekali Abah memang nak pandangan orang ketiga selain dari anak-cucu kandungnya .....bagi diriku ,tak sedikit sebanyak dapat jugak paham perasaan beliau yang mungkin tak terucap pada darah dagingnya sendiri.
Bermula dengan  # Abah : " Shah, atok nak tanyalah apa pendapat Shah tentang keluarga atok ye? ". Terkesema menantu sebentar....susah jugak nak menjawab tu . Boleh dikatakan , menantu ni jawab dengan bijak.....selamatlah kiranya untuk dirinya. " Pada pendapat saya Tok, anak2 atok ( dimana saya sebagai mertuanya merupakan salah sorang subjek yang dimaksudkan nih!) terdiri daripada insan2 yang punyai pendirian masing2 dan amat kukuh pula pegangan mereka."  Okay okay.......selamat kau.
Tak dapat aku nak sangkal pendapat siShah ni. Dia bilang kat Atoknya tadi dah sembilan tahun dia menjadi keluarga kita, dah tentu dia pun perasan trademark nyata adik-beradikku ni......abah selalu gemar, sebagai leadership quality . Sifat ni bagus tu memang bagus. Cumanya kekadang ia boleh jadi satu cabaran-tekanan perasaan bagi ibu-ayahku, khususnya tatkala pertikaian pendapat yang terhasil dari sesuatu perkara yang besar. Di simpang -perbualan ni, Abah seronok lalu mencelah. " Bila jadi pertelingkahan begitu kann Shah, timbullah perlunya anak2 memahami sessunguhnya, bahawasanya yang mematuhi cakap-kata dan apa2 yang diputuskan oleh ibu-ayah merupakan sesuatu yang wajib dipatuhi, tanpa soal banyak. Payah nak terima, tapi memang tepat sekali. " Tapi Tok, apa kita nak buat dengan anak2 yang tak ngikut nanti?" .....ermmh...soalan tepat tepat..!...# "Sebabtu Shah, kene tren diorang masa dia kecik2 lagi".
Pagi tadi, sebelum kita keluar rumah, Abah tak habis2 menekankan  #" Abah nak masa Abah takde lagi nanti, korang semua bersatu ". sambungnya lagi, "Walau apa2pun, just mengalah."
Jelas Ayahku banyak memikirkan perkara ni. Masa arwah Mak ada, beliau ada teman luahan hati....sekarang dia terpaksa cerita kepada anak. Okay insyaAllah Abah, akan ku cuba .....
Kesian tengok dia naik bas sendiri balik ke kampung .....tapi, rasanya kita tak patut mengkongkong sangat kebebasannya untuk buat pilihan sendiri, walaupun pada mata kasar kita, itu bukan perkara yang terbaik untuknya. Memang betul dia akan kesunyian , memang betul dia akan hadapi risiko sesak nafas , memang betul dia akan payah nak tadah air sorang2 ( bekalan air dikampung sedang dicatu).......tapi dia bukan anak kita, dia seorang ayah.....kita kene hormati apa yang beliau inginkan untuk dirinya sendiri.  Sekali sekala mungkin dia perlukan saat untuk bersendirian didalam ruangnya sendiri......Doaku agar Allah melindunginya dan merahmatinya selalu. ameen ya Rabb al alameen.
Sempat jugak berbual dengan Abah tentang perkara2 yang sekian lama menjadi tanda tanya di kepala Abah, tapi tak dapat pencerahan yang tepat selama ni, setakat desas-desus dibawa angin yang berjerebu. Hik,hik,hik. Biasalah tu, resmi hidup. Yang buruk dan yang busuk tu kann lebih viral dari yang wangi. Alhamdulillah, kita berdua dah bentangkan diatas meja persidangan. .....Syukur kehadrat Illahi, satu lagi tembok dah roboh.

~ Buangkan yang kerrruhh.....ambil yang jernihhh~

No comments:

Post a Comment