Thursday, 13 March 2014

JANGAN KITA ULANGI SILAP YANG LALU

Khamis 13hb.mac, 2014.    2.57pm

Bismillah.

Dah nak dekat sebulan Mak pulang ke Rahmatullah, semoga rohnya berada ditempat yang indah , ameen. Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa begini . Selain dari menyedarkan kita tentang proses dan perjalanan seseorang menuju destinasi muktamadnya ,[ subhanallah  indahnya saat-saat akhir ],iktibar harus kita pelajari moga kita2 yang tinggal ni tak akan ulangi mana2 silap langkah yang mungkin dah di lalui.........antaranya ialah penjagaan kesihatan.
Yang dah lepas usah dikesal , kini tentang Abah pulak, it's never too late to jaga. Harap2 Abah tak akan terjebak diatas laluan yang sama dengan Mak ( Allah yarhamha) . Selama2 ni Abah tak de lah menagih ubat2 sekonsisten Mak dulu. Abah telan mana yang sempat je, ikut sukahati dia.  Namun arwah pulak memang berdisiplin ketat dari aspek preskripsi2 doktor terutama sekali bila penyakitnya menjadi2 dalam 6 bulan yang akhir sebelum beliau meninggalkan kami. Malah , beliau begitu taksub dengan rawatan hospital , sampai tahap meminismakan yang mungkin segala2 rawatan selain drugs ...... apakan daya, dah begitu ditakdirkan. Sebagai seorang pengamal- tegar rawatan2 alternatif, perkara ni sangat menyedihkan.
Minggu lepas saya bawa Abah pergi medical check-up .Aneh. Tapi saya lakukan jua, still need experts to diagnose dengan peralatan yang lengkap. Keputusan Cardiologist( pakar jantung) tersebut bikin I keliru......jantungnya lemah sikit, prestasi dalam 40% dari orang2 sihat & memang tak bengkak. ( saya tanya dua kali tentang bengkak)..Why I keliru?? sebab the cardiologist di hospital lagi satu ( a few days sebelum tu) , kata bengkak. Lagi satu yang uncomprehendable by my very layman's mind is , Pakar Jantung kedua mempersoalkan *amlodipine yang di prescribed ,kerana tak sesuai dengan orang lemah jantung. Ni yang orang kata " Gajah bergaduh dengan gajah, pelanduk mati tersepit ?" Opposite opinions by experts. Takutlaa. To make matters worse, my abah buat keputusan sendiri nak tinggalkan all preskripsi from 2nd Pakar, and revert to the 1st. Dalam pada tu, bila I google google , *frusemide & *aspirin ada potential drug interaction.... hmmm. I wish I knew the answer to this mix-ups , especially with my father sebagai 'pelanduk'.....a costly risk too,  quoting their favourite reply :' Benefits outweigh the risks' , kalau dipersoalkan tentang kesan2 sampingan dari belasan ubat /sehari yang di bagi pada arwah mak dulu.
Anyway, Abah sekarang di diagnosed with congestive heart failure jugak, sama macam arwah dulu. Doaku ialah agar this sweet soul terbuka hatinya to do what is right.....and not go through the same path, and end up the same way, at the same place.  As a start, I wish he would do some daily's

Harapanku dari ayahnda :
  1. makan proper food
  2. tidur awal, bangun awal
    Abah & Allahyarhamah Mak
  3. minum air banyak
  4. wean off his medications perlahan-lahan.
  5. jangan susah hati
  6. senam ringan

* nama2 ubat yang diambil sekarang oleh Abah.

~ Semoga Allah membimbing kami. Ameen~

No comments:

Post a Comment