Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi,
Subhanallah diantara banyak2 amalan yang disebut selalu didalam Kitab Suci kita , ialah berpuasa. Berpuasa bulan Ramadhan dah tentu jelaslah kedudukkanya didalam hayat kita sebagai seorang Muslim .Selain ni, adalah yang tak fardh , tetapi di amalkan oleh Nabi kesayangan kita sebagai extras. Sebagaimana yang kita tahu, apa2 yang diucapkan maupun dilakukan oleh Rasulullah semuanya adalah semata2 wahyu dari Pencipta kita . Maka tak ke cukup jelas, terang dan nyata bahawa sunnah-sunnahnya tu dicipta khas dan khusus untuk ummahnya dalam rekabentuk yang tersempurna untuk kita.sejagat. Akan tetapi, kebanyakkanya dari kita tak begitu teruja sehinggalah terbukti oleh teknoloji dan "pakar2" ilmiah , mengenai menafaat dan kebaikkan sesuatu , walhal perkara tersebut udah pun di sebut dan di tekankan sejak berkurun tahun.
......sorry membebel sorang2 malam2 buta ni. Dah tidur tadi sebenarnya pada my bedtime 10.04pm...hehe.....
Tadi siang, dalam cari2 fakta2 tentang berpuasa , terjumpa website Dr.Mercola berkenaan dengan kebaikkan Intermittent Fasting . Jika nak tahu lebih lanjut, mohon klik disini. Pikir2 , kesian pulak rakan2 yang tak berapa paham bahasa Inggeris. So, try terjemah untuk mereka, harap justified . Perkataan intermittent maknanya terputus2 . Payah juga nak terjemahkan intermittent fasting , kalau nak kata berpuasa terputus2 , lagilah pelik bunynya. Takpe , Dr.Mercola menceritakan tentang tempuh2 berpuasa ikut blok-jangka masa yang di agih2kan dalam dua kali seminggu, tulah maknanya terputus2, iaitu bukan berterusan . Mengikut beliau, berdasarkan hasil penyelidikkan para saintis, berpuasa cara gini, ada banyak benefitnya untuk kesihatan. Senang cerita untuk kita2 ni , kalaulah nak cakap pasal 2 kali seminggu memang kita dah pun sedia ada......iaitu puasa Isnin & Khamis ,seperti yang diaju2kan oleh Muhammad s..a.w.
Sebelum saya teruskan, nak cuit sikit bab sarapan pagi. Kan kita kebiasaan dengan wajibnya berbreakfast , sehinggakan kalau tak sarapan seolah2 tak cukup pelengkapan diri untuk ke sekolah , ke ofis maupun nak buat kerja2 dirumah ( yang menjadi suri kediaman) . Okayy ,mengikut Dr. Mercola, cara yang paling sihat untuk mulakan hari kita ialah by skipping the breakfast. !! Dengan meninggalkan sarapan setiap pagi dan juga dengan tidak memakan apa2 selama tempuh 3 jam sebelum waktu tidur, berat badan dan lebih2 lagi kesihatan kita , akan terjaga rapi. Naturally and automatically. Ha ....tak payah lah nak cakap pasal menu sarapan & menu supper kita di negara ' satu Malaysia' ni.....roti canai, nasi lemak, teh ais, teh tarik, milo panas, roti bom......dan macam2 lagi yang payah nak diselit-kategorikan dalam makanan yang sihat. Maaf, bukan niat nak memburukkan.....tapi itulah dia amalan2 yang kita dah buat setiap hari sepanjang hidup kita.....hasil terkumpulnya daripada tabiat2 begini setelah berpuluh tahun tu yang kita dapat kencing manis, darah tinggi dan mana2 penyakitlah yang kita dengan seiya sekata terima sebagai ' biasalah tu'! biasa lah tu? Mana ada penyakit yang biasalah tu ?
....kan dah bebel lagi......
lets move on okayy......
Mengikut hasil kajian sains;
- Dengan berpuasa 2 minggu sekali , berat badan akan dengan sendirinya menjadi normal (best kann) , dan dalam masa yang sama mencegah kita dari penyakit2 kronik ! masyaAllah dah double bonus tuh .
- Dengan sedikit perubahan yang kita sanggup lakukan kepada hidup kita, iaitu berpuasa 8-jam 2 kali seminggu, ia akan memberi impak yang jelas kepada komposisi tubuh kita termasuk kandungan lemak. Tak susah dan tak payah keluarkan duit pun.
- Ia memperbaiki keupayan insulin dalam badan kita , untuk mengawal laras gula dalam darah ....sangat baik untuk pesakit2 kencing manis ni.
- Ia juga dapat mengeimbangkan hormon ghrelin( hormon yang buat kita lapar)
- Ia meningkatkan hormon-pertumbuhan dalam badan, yang mana memainkan peranan dalam menghasilkan tubuh yang sihat, cergas dan awet muda.
- Ia mencegah sakit jantung
- mengurangkan radang dan penuaan awal.
- Dalam keadaan berpuasa, kelaparan akan cetuskan penghasilan kolesterol oleh badan, dimana ia akan gunakan lemak badan sebagai pembakar ( bukan gula). Justeru, lemak badan akan terus berkurangan. Ini adalah satu fenomena penting kerana peluang untuk mendapat kencing manis akan menjadi kecil, dengan kekurangan lemak didalam badan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment