Bismillahirrahmaanirrahim.
Dear Health-Lovers ,
My point is, adakah mereka di perlakukan dengan sewajarnya ? Iaitu seperti seorang manusia yang sihat dan berakal ? Adakah kita selalunya berinteraksi dengan mereka seperti dengan orang2 yang sedar ? Tak mungkin . Sebab macamana ya kita nak berkomunikasi jalan-sehala ? Amnya didalam istilah 'perbualan', ada yang bercakap dan ada sekurang2 seorang lawannya untuk bercakap. Lazimnya, kita berziarah bawa buah tangan ( saya perhatikan buah tangan tu pun bukan semestinya sesuai untuk sipesakit , contohnya hamper yang mengandungi segala jenis makanan bertoksin ....biskut , milo , coklat ), lalu kita duduk bertenggek berbual-mesra , berhilai ketawa , pasang t.v ,charge cell-phone ......tambahan lagi jika ada pengunjung2 lain yang kebetulan pun sangat ngam dengan kita ....menjadi2lah kita, hingga lupa-diri , apatah lagi nasib sipesakit yang kita konon2nya berniat murni untuk menjengoknya tadi.
Jill Bolte , merupakan seorang Doktor Pakar Otak yang berkebetulan mengalami 'major stroke' , dan bernasib baik pulih normal kembali .....beliau ambil masa 8 tahun untuk pulih. Didalam bukunya ' My Stroke Of Insight' , beliau mengisahkan pengalamanya didalam proses pengambaraanya dialam koma.....sungguh menarik ... antaranya ialah beliau berkongsi -harap supaya orang ramai terutamanya yang ada kaitan dengan pesakit2 kritikal ( pelawat2 , pegawai2 perubatan , keluarga) memahami perasaan mereka , berdasarkan testimoninya yang dilalui, justeru bertingkah laku dengan sebaik mungkin terhadap mereka . Mengikut Puan Bolte, selama dia berada didalam keadaan koma beliau terasa perlunya banyak perkara yang harus dinyatakan pada masa itu, apakan daya ........ kerana keadaanya yang tak sedar. Sekarang beliau dah sihat , walaupun berlainan 'brain-structure'...dari 'left-brained' bertukar kepada ' right-brained' . Saya petik hanya sebahgian yang kecil dari bukunya ......seperti dibawah :
40 Perkara Yang Saya Perlukan anda hayati : -
- Saya bukan dungu . Sekadar tercedera . HORMATIlah saya.
- Hampiri saya , bertutur PERLAHAN-LAHAN dan ucap dengan JELAS ,terang dan nyata.
- ULANGI kata-kata anda , anggaplah saya tak tahu apa-apa ...bermula dari awal dan ulang , ulang dan ULANG LAGI.
- BERSABAR dalam mengajar saya walaupun kali ke-29 , lakukan seperti pertamanya kali.
- Dekati saya dengan HATI TERBUKA dan RENDAHKAN TENAGAmu . Bertindak-laku dengan tenang , tolong usah terburu2 .
- Ketahuilah bahawa liang-liuk BAHASA-TUBUHmu dan memek rupa WAJAHmu sedang berkomunikasi denganku.
- Renungi kedalam PANDANGAN MATAku . Aku ada didalam tubuh ini. CARIlah aku. Galakkan semangatku.
- Mohon JANGAN TINGGIKAN NADA SUARAMU.
- SENTUHIlah diriku sewajarnya dan jalinkan kaitan-hubung denganku.
- Sanjungi betapa pentingnya PERANAN TIDUR DALAM PEMULIHANku.
- Lindungi tenagaku . Tak mau talipon bimbit, tak mau tv ataupun pelawat2 yang kecelaruan . Harap jangan melawat saya lama2.....5 minit dah sedang elok.
- Rangsangkan otakku tatkala aku berhasrat untuk pelajari sesuatu ,tapi ketahuilah jumlah yang kecil akan cepat meletihkan tenagaku.
- Gunakan permainan dan buku2 kanak2 ( lingkungan umur 2-3 tahun) untuk didik-ajar saya.
- Perkenalkan saya kepada dunia , secara kinesthetik ( fizikal). Biar saya rasa semua perkara, bukan setakat dengar dan lihat.
- Didik diriku dengan teknik mimik - ikut tingkah laku anda. Anda- buat- aku - ikut. Anda - buat - aku - ikut.
- Percaya dengan apa2 yang aku cuba lakukan - tanpa andaian yang berdasarkan tahap kemahiran ataupun perspektif anda.
- Ajukan kepada saya soalan2 berbentuk pelbagai pilihan . ELAKKAN soalan ya / tidak.
- Tanya saya soal2an yang perlu saya jawab dengan spesifik . Bagi saya cukup masa untuk mencari jawapan tersebut.
- Jangan sekali-kali menilai daya-mental saya berdasarkan kepantasan/ kelembapan saya berfikir.
- Tangani saya perlahan2 sepertimana anda akan menatang bayi baru lahir.
- Bercakap-LANGSUNG (terus) dengan saya. Bukan bercakap tentang saya, dengan orang lain.
- Galak-sorakkan saya . Anggap saya akan benar2 pulih 100% kembali......sekalipun makan masa 20 tahun!
- Percayailah bahawa otak saya boleh terus belajar.
- Pecah2kan tindakan kepada langkah2 yang lebih kecil .
- Carikan apakah halangan2 yang menahan saya menjakan sesuatu tugas.
- Terangkan kepada saya tentang tahap seterusnya dan langkah2 yang berkaitan supaya saya tahu arah dan hala-tuju usaha saya.
- Jangan lupa yang saya harus mahir pada sesuatu peringkat, sebelum boleh naik keperingkat seterusnya.
- Raikan segala kejayaan2 kecil dalam hidup saya . Ini sebagai inspirasi diri saya.
- Jangan habiskan ayat2 saya atau cuba mengisi perkataan2 yang saya tak dapat nak cari. Saya perlu latih otak saya berfungsi.
- Andaikata saya gagal cari mana2 fail lama , pastikan fail baru dicipta.
- Saya nak anda ketahui yang pahaman saya tentang sesuatu adalah lebih dari apa yang saya lakukan.
- Mohon tumpukan perhatian kepada apa yang saya BOLEH-BUAT , bukan kesali apa yang tidak boleh saya lakukan.
- Perkenalkan saya kepada hidup-lama saya . Jangan andai yang saya tak gemari dan tak pandai nikmati musik lagi semata2 kerana saya tak boleh nak main alat2 tu lagi.
- Jangan lupa , saya telah berjaya perolehi kemahiran2 dalam aspek lain dek kehilangan fungsi2 yang ada .
- Biasakan saya dengan ahli keluarga , kawan2 dan sokongan mesra mereka . Tampalkan kad2 dan foto2 didinding yang jelas dalam pandangan saya , labelkan supaya saya boleh kaji-semula hidup saya.
- Bawa masuk 'pasukan' anda. Ciptakan PASUKAN-SEMBUHPULIH demi saya dan warwarkan kepada semua pihak supaya mereka boleh hantar ucapan-sayang .
- Sentiasa bagi mereka lapur-kini tentang keadaan saya dan minta mereka lakukan perkara2 khusus sebagai langkah penyokong saya - contohnya visualisasi saya sedang menelan dengan mudah ataupun bantu goyang-ampu naikkan badan saya kepada posisi duduk dari baring.
- SAYANGI saya sepertimana diri saya kini . Usah pegang kesilapan yang lalu. Saya punya otak yang berbeza sekarang.
- Pertuntunkan kepada saya video2 era pra-stroke untuk mengingatkan kembali cara saya berjalan ,cara saya bercakap dan bertingkah-laku.
- Harap jangan lupa yang saya sedang konsum banyak ubat2an yang mungkin akan menyebabkan saya teramat letih , dan juga mengaburkan kepekaan dan perasaan diri saya sebenar.
ps : Mohon maaf keatas penterjemahan saya yang tak seberapa. Harap komen, agar menafatkan bersama. Terima kasih
No comments:
Post a Comment